Dengan peningkatan kes baharu COVID-19 mencecah lebih 4,000 semalam, ia turut menyaksikan kadar kebolehjangkitan atau R-Naught wabak itu di negara ini, meningkat semula.<br />Antara lain, data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook mendedahkan, angka R-Naught semalam naik 1.10 berbanding 1.07 hari sebelumnya.<br />Data juga dedahkan, lonjakan kes baharu menyaksikan sembilan negeri mencatat R-Naught melebihi purata kebangsaan antara 1.17 hingga 1.35.